14 December 2010

Sabar Kunci Kehidupan

Bila sebut sahaja perkataan sabar apa yang terbayang difikiran kita ye...bagi aku sabar adalah kunci kehidupan. Kalau tak sabar semua boleh hancur,punah,musnah. Tidak kira dalam apa jua masalah. Sebagai manusia kita adakalanya tersilap,tersilap membuat percaturan..tapi bila umur semakin meningkat kita juga semakin matang. Dalam melayari rumahtangga 'sabar' juga adalah salah satu kunci kebahagiaan.Aku sendiri tidak lagi mahu menoleh kebelakang..banyak kesilapan telah aku lakukan lantaran mengikut hati, tidak sabar dengan ujian yang Allah turunkan. Aku berdoa mudah-mudahan keluarga aku,anak-anakku sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi ujian-ujian dari Maha Pencipta Allah swt.

Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak.(Khalifah Ali)

Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah.(

Ibnu Mas’ud)


No comments:

Post a Comment