14 December 2010

RENDANG TOK

Akak nak kongsi resepi rendang tok..dua kali dah buat memang sedap. Resepi ini telah diberi oleh seorang sahabat. Buat rendang tok ni memang agak rumit. Kali kedua..akak buat 5 kg...tapi sayang akak tak ambil gambarnye... yang pasti memang sedap. Siapa nak cuba silakan:

  • Daging 1 1/2 kg
  • 1/2 cawan rempah biji *
  • 4 sudu besar jintan manis *
  • 4 sudu besar jintan putih *
  • 4 biji buah keras*
  • 10 biji buah pelaga*
  • 3 sudu besar lada hitam*
  • bunga lawang dan kayu manis*
  • 2 ketul gula kabung
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 cawan hirisan serai
  • 1 cawan hirisan bawang merah
  • 1 cawan hirisan bawang putih
  • lengkuas ambil air
  • kerisek 2 cawan
  • cili kering RM1 digoreng kemudian diblender
  • air asam jawa 1 cawan
  • pati santan 1 kiloa
  • garam secukup rasa
Caranya sangat mudah yang bertanda * digoreng tanpa minyak kemudian diblender(blender kering ye) Daging ti dipotong dadu terpulang nak besar mana. Kemudian masukkan semua bahan di atas..masak macam kita buat rendang. Kacau sampai kering..sambil tu rasa-rasa le tp insayallah mesti jadi dan sedap punyeee. Selamat Mencuba..


3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Kak boleh tanya, rempah biji tu apa ye? tq

    ReplyDelete
  2. Ws..hehe akak dah terbiasa sebut rempah biji..sebenarnya ketumbar (yang ni mesti tau kan)

    ReplyDelete