04 October 2011

Blog baru...untuk kerja kursus KRT3013

Dua hari sudah akak telah menghantar mesej kepada pensyarah bagi kursus KRT3013 -Teknologi Maklumat Sekolah Rendah..Puan Nadia Akma binti Ahmad Zaki bertanya mengenai blog..akak ingin menggunakan blog Jauhari Hatiku ini sebagai kerja kursus tetapi blog ni mempunyai entri personal jadi tidak sesuai..nak buang semua entri sayang le pulak...jadi kepada rakan-rakan pengikut khasnya cikgu-cikgu PPG meh le follow blog yang sedang dalam pembinaan ni klik le kat sini dan follow ye...http://cikguzue70.blogspot.com/

01 October 2011

Forum oh forum

Pening kepala akak nak memikir jawapan tugasan forum bagi Kursus KRT3031 (Teknologi Maklumat Sekolah Rendah) Cuba baca..kalau ada yang sudi bagi pendapat atau jawapan aduh bestnya 'kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan' cewah berperibahasa pula...ni soalannya


Soalan 1
Sebagai guru, anda mungkin berpengalaman menggunakan perisian instruksional dalam proses P&P. Pada pendapat anda, mungkinkah suatu hari nanti perisian instruksional akan dapat menggantikan tugas hakiki guru?

Soalan 2
Terdapat pelbagai perisian sumber terbuka di internet yang boleh digunakan untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran. Berikan contoh-contoh sumber tersebut dan bincangkan bagaimana ia boleh digunakan oleh anda sebagai seorang guru di sekolah.

Soalan 3
Nyatakan lima (5) ciri teknologi komputer masa hadapan yang mempunyai potensi untuk digunakan dalam proses P&P.

Huhuhu tolong! tolong! tolong!

26 September 2011

Membaca Nombor Dalam Perkataan

Salah satu kemahiran dalam LINUS (Matematik) ialah murid boleh membaca nombor dalam perkataan iaitu 'satu hingga sembilan'. Kemahiran ini terdapat dalam unit 1.5. Video di bawah boleh dijadikan bahan bantu belajar bagi menarik minat murid-murid.