Berkongsi cerita dan juga ilmu..salam ziarah dan terima kasih kerana sudi singgah di sini...
Showing posts with label UPSI DAN AKU. Show all posts
Showing posts with label UPSI DAN AKU. Show all posts
04 October 2011
Blog baru...untuk kerja kursus KRT3013
Dua hari sudah akak telah menghantar mesej kepada pensyarah bagi kursus KRT3013 -Teknologi Maklumat Sekolah Rendah..Puan Nadia Akma binti Ahmad Zaki bertanya mengenai blog..akak ingin menggunakan blog Jauhari Hatiku ini sebagai kerja kursus tetapi blog ni mempunyai entri personal jadi tidak sesuai..nak buang semua entri sayang le pulak...jadi kepada rakan-rakan pengikut khasnya cikgu-cikgu PPG meh le follow blog yang sedang dalam pembinaan ni klik le kat sini dan follow ye...http://cikguzue70.blogspot.com/
01 October 2011
Forum oh forum
Pening kepala akak nak memikir jawapan tugasan forum bagi Kursus KRT3031 (Teknologi Maklumat Sekolah Rendah) Cuba baca..kalau ada yang sudi bagi pendapat atau jawapan aduh bestnya 'kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan' cewah berperibahasa pula...ni soalannya
Soalan 1
Sebagai guru, anda mungkin berpengalaman menggunakan perisian instruksional
dalam proses P&P. Pada pendapat anda, mungkinkah
suatu hari nanti perisian instruksional akan dapat
menggantikan tugas hakiki guru?
Soalan 2
Terdapat
pelbagai perisian sumber terbuka di internet yang boleh digunakan untuk
menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran. Berikan
contoh-contoh sumber tersebut dan bincangkan bagaimana ia boleh
digunakan oleh anda sebagai seorang guru di sekolah.
Soalan
3
Nyatakan
lima (5) ciri teknologi
komputer masa hadapan yang mempunyai potensi untuk
digunakan dalam proses P&P.
Huhuhu tolong! tolong! tolong!
25 September 2011
Forum 1 - Refleksi Pengajaran
Forum telah pun bermula...forum pertama bagi Kursus KPD 3026 Pengajaran Teknologi dan Penaksiran adalah berkisar tentang kefahaman maksud refleksi pengajaran dan menyatakan kebaikan yang boleh didapati apabila melakukan aktiviti refleksi pengajaran selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Emm memang setiap guru mesti melakukan refleksi pengajaran bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan P&P di dalam kelasnya agar objektif pembelajaran tercapai. Akak ni mengajar tahun 1 murid LINUS memang setiap selepas pengajaran asyik memikir macamana nak bagi murid kita dapat apa yang kita ajar. Macam-macam cara dan teknik telah dibuat. Kita berusaha mudah-mudahan Allah permudahkan.
14 July 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)