15 February 2011

Tom Yam Putih

Ramai orang suka makan tom yam..akak pun suka..cuma bila makan guna pes yang dijual kepala jadi pening mungkin banyak bahan perasa. Kalau teringin nak makan lebih kena masak sendiri tapi tom yam putih...kalau nak cuba buat le...senang sangat main campak-campak je.


Mak oi bawangnye terhiris lebar....mana isi ayam dan sotong ni... duk menyorok pulak...


Bahan-bahan :
  • 500 gm isi ayam
  • 500 gm udang
  • 6 ekor sotong
  • 10 - 15 tangkai cili api
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 labu besar bawang merah@kuning(ptg bulat)
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 biji lobak merah
  • bunga kubis(ikut suka)
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato
  • 1 liter air beras (air cucian beras yang ke2@ke3)
  • garam dan asam jawa adabi(taukan)
Cara membuatnya:
  • Bawang putih dan cili api ditumbuk. nak pedas tambah lagi.
  • Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk bersama isi ayam ke dalam air beras(air ni pun ikut kita juga nak banyak atau sikit) biarlah mendidih..agak2 isi ayam separuh masak masuk le serai,lobak merah,bunga kobis,tomato,batang sup,daun limau purut...kacau le. Jangan lupa masukkan juga bawang besar.
  • 2,3 minit kemudian masuklah sotong udang..pastu rasa jgn lupa garam..kalau kurang masam tambah asam jawa adabi(hujung sudu je)...kalau kurang asin nye tambah garam.
Senang sangat kan dan tak guna bahan perasa....1 jenis lauk pun dah memadai semua ada.... sayur ada,ayam ada,sotong ada,udang ada...hehehe jimat masak memasak. Pastu boleh layan FB atau blog.

1 comment:

  1. first time dgr tom yam putih nmpk cam sedap je :)

    ReplyDelete