18 December 2010

Udang Jauhari Hatiku





Ini adalah menu yang akak sediakan semalam untuk makan tengahari,akak nak upload semalam tiada masa. Menu ini akan cuba-cuba aje..bila dah masak anak dan hubby kata sedap. Jadi akak nak kongsi resepi :

Bahan-bahan :
  • 500 gram udang
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji cili api (nak pedas tambah lagi)
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sweet sos cili (Mae Pranom Thai)
  • sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • 1 cawan air (terpulang jika nak berkuah boleh tambah lagi)

Cara membuatnya :
  • Goreng udang yang telah dilumur dengan garam dan kunyit kemudian ketepikan.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan cili api yang telah ditumbuk.
  • Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sweet sos cili kacau,selepas itu masukkan air.
  • Bila kuah tadi dah sebati dengan ketiga2 sos(sambil tu rasa apa yang kurang tambah saja mana2 sos)masukkan cili hijau dan cili merah yang telah dihiris,dan bawang besar yang dipotong bulat.
  • Pekatkan kuah dengan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air,dan curahkan kedalam kuah tadi kacau (ikut suka juga nak pekat atau cair).
  • Kemudian dah masak..curahkan saja atas udang yang telah digoreng. Rasanya mesti pedas-pedas manis.

Simple aje resepi ni dan mudah disediakan. Cuti panjang ni lah nak masak untuk famili. Masa cuti ni lah jugak nak cuba bermacam resepi. Bila masak ni hati kena ikhlas hehe barulah masak menjadi..betul tak???

No comments:

Post a Comment